Pejabat Keretapi di Jesselton – 1902
1905 – Landasan sepanjang 48 km dari Beaufort ke Tenom
Stesen Tenom
1906 – Landasan sepanjang 16 km dari Tenom ke Melalap
Stesen Melalap
Pemandangan landasan keretapi di Jesselton 1900an
49000 BUKIT FRASER, PAHANG
TEL – 09-362 2692
Sebuah Banglo RM200.00
Bilik Besar RM50.00
Bilik Kecil RM40.00
39000 CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
TEL – 05-491 1844 / 05-491 4752
Banglo 3 Bilik RM100.00
Apartment 2 Bilik RM50.00
Bilik Biasa RM25.00
Asrama Lelaki (30 Katil) RM150.00
Asrama Perempuan (30 Katil) RM150.00
PORT DICKSON
RPP PORT DICKSON, KM 18, JALAN PANTAI, 71050 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TEL MITC – 06-6621558
Apartment 2 Bilik RM40.00
Apartment VIP RM172.50
Apartment 3 Bilik RM115.00
Apartment 1 Bilik RM88.55
Apartment Studio RM63.25

PULAU LANGKAWI
RPP PULAU LANGKAWI (FEDERAL VILLA) LOT 612,
MUKIM
KEDAWANG,
PANT
AI TENGAH, 07000 PULAU
LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
TEL – 04-9551707
Suite 2 Bilik RM132.00
Bilik Deluxe RM77.00
Bilik Standard RM55.00
Kita kenali dulu herba Melayu @ nusantara..sebagai rujukan…nanti saya postingkan herba inggeris pula yerkk
Keunikan rasa dan baunya membuatkan ia sering digunakan dalam masakan pelbagai bangsa. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan dan kecantikan, serta digunakan sebagai bahan awet semulajadi dan juga bahan kraftangan.
Itulah keistimewaan rempah ratus dan herba. Malah negara kita (Melaka khususnya) pernah menjadi pusat perdagangan rempah di rantau ini suatu ketika dahulu.
Herba biasanya datang daripada daun, manakala rempah-ratus datang daripada bijian, buah, kulit kayu atau akar. Kadang-kadang herba dan rempah juga boleh datang daripada pokok yang sama. Contohnya ketumbar. Daun ketumbar segar adalah herba yang digunakan dalam masakan tomyam, manakala serbuk ketumbar daripada bijinya pula antara bahan utama dalam rempah kari.
Selagi ia disimpan dengan betul, kedua-dua herba dan rempah segar atau kering mengandungi pelbagai khasiat termasuk phytochemical.
Adalah penting menyimpan herba dan rempah ratus dengan cara yang betul untuk mengekalkan khasiat dan rasanya. Herba kering boleh dibalut dalam tuala kertas dan masukkan ke dalam bekas atau beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Anda juga boleh menyimpan rempah yang tertutup dalam bekas kedap udara di luar peti sejuk, tetapi pastikan tempat tersebut gelap dan redup. Ia boleh tahan sehingga enam bulan. Jangan meletakkannya di tepi dapur kerana kepanasan akan mempengaruhi kualiti dan rasanya.
Jika anda ingin membeli serbuk rempah, jangan beli dalam kuantiti yang banyak kerana kesegarannya akan cepat berkurangan. Contohnya, serbuk lada hitam, beli dalam kuantiti yang sedikit dan lebihkan membeli lada hitam yang belum dikisar jika ingin menyimpannya dalam masa yang lama.
Kajian telah mendapati herba dan rempah ratus mengandungi banyak anti-oksidan, yang membantu badan manusia melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit. Ia juga mengandungi phytochemical seperti curcumin (dalam kunyit), capsaicin (cili), allicin (bawang putih) dan gingerol (halia), dan juga pelbagai vitamin, termasuk vitamin C.
Rempah kari pula dikatakan mampu membuatkan minda anda awet muda. Ia juga bagus untuk mencegah kanser dan ini juga mungkin salah satu penyumbang kepada kurangnya penyakit kanser berlaku di kalangan masyarakat India di India.
Ia juga membantu menambahkan fungsi makanan lain jika ditambah ke dalam masakan dalam fenomena yang dipanggil ‘sinergi makanan’. Kerana inilah, lebih berfaedah untuk menikmati khasiat sebenar dalam masakan daripada mengambil supplemen atau makanan tambahan.
Selain daripada dalam makanan, rempah dan herba juga turut digunakan dalam rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara yang biasa digunakan ialah serai, pandan, manjakani dan habbatussauda yang digunakan dalam rawatan seperti mandi rempah contohnya. Ia bukan sahaja mewangikan badan, malah dikatakan mampu menghilangkan toksik dalam badan.
Sifat anti-mikrobnya sesuai dijadikan pengawet semulajadi dan digunakan secara meluas dikala ketiadaan peti sejuk pada zaman dulu. Rempah ratus dan herba seperti kunyit, halia, kayu manis, juga digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional pelbagai bangsa. Pengubatan yang melibatkan makhluk halus turut menggunakan herba dan rempah seperti lada hitam dan bawang putih yang dibaca dengan bacaan-bacaan tertentu.
Antara fungsi rempah-ratus dan herba dalam masakan ialah menambah perisa dan kelazatan tanpa menambah lebih kalori, lemak, gula, sodium atau garam pada masakan. Aromanya bukan sahaja membuatkan kita tak sabar menikmati keenakannya, malah ia juga membuang bau tidak enak pada masakan seperti bau hamis daging, dan juga hanyir ikan. Rempah ratus dan herba dalam hidangan juga membuatkan masakan nampak lebih menyelerakan dengan warna dan bentuknya yang pelbagai.
1-Kulit Kayu Manis
2-Halba
3-Cengkih
4-Biji Lada Hitam
5-Biji Lada Puteh/Sulah
6-Bunga Lawang
7-Buah Keras
8-Jintan Puteh
9-JIntan Manis
10-Biji Ketumbar
11-Jintan Hitam/Habbatul Sauda’
12-Buah Pelaga
Digunakan untuk meransang muntah dan peluh ; sebagai diuretik, stimulan, mengeluarkan kahak dan meradangkan kulit. Ianya dihancurkan, ditelan bagi merawat masalah perut, selsema; ditampal pada radang sendi, bisul bernanah, lumbago, penyakit kulit dan reumatisme.
Infusi diminum untuk memanaskan perut dan membuka selera, merawat bronkitis, sakit kepala, reumatisme, sakit kerongkong dan selsema. Dekoksi diminum untuk merawat busung, masalah hati dan limpa, pleurisi dan sakit kepala.
BUAH PELAGA
Juga dikenali sebagai ‘Permaisuri Rempah Ratus’ kerana antara rempah paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan, buah pelaga juga digunakan untuk perubatan, wangian dan kosmetik.
KHASIAT BUAH PELAGA
* Biji buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat, selain untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.
* Biji pelaga misalnya dikatakan amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah mulut berbau. kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut selain itu juga dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Caranya hanya dengan mengunyah biji pelaga perlahan-lahan.
* Kegunaan lain ialah untuk menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas.. * Biji pelaga juga boleh digunakan untuk menghalang perimbunan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.
* UNTUK MENGATASI LENGUH-LENGUH BADAN * Buah pelaga yang telah ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan air sangat elok untuk mengubati sakit lenguh-lenguh disamping untuk mengatasi masalah obeseti.
* Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, silissium, sormeol, sabinen, zat putih telor. Selain itu ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah. * Janganlah anda ragu-ragu untuk menggunakan biji pelaga dalam masakan anda, kerana ianya disamping sebagai rempah masakan sebenarnya ia juga adalah ubat yang baik untuk kesihatan. * Inilah harta alam pemberian Allah kepada manusia, nikmat yang tiada tolok bandingnya, namun jika sekiranya manusia itu sendiri tidak pandai menghargai pemberial Allah daripada hasil alam ini, maka segala khasiat yang terpendam didalamnya akan menjadi sia-sia sahaja atau pun tidak memberi kesan.
PEMAKANAN DAN KHASIAT UBATAN
Sebagai ubat untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, kahak, meransang peluh; digunakan sebagai diuretik, emetik, peradang dan stimulan. Infusi diminum untuk merawat bronkitis, batuk, reumatisme, sakit kerongkong dan bengkak anak tekak. Minyak dari bijinya digunakan sebagai ubat luaran dan dalaman untuk merawat tumor. Juga digunakan sebagai ubat luaran untuk merawat neuralgia.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”.
Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.
PENGENALAN REMPAH RATUS
Rempah ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis bahan sayuran yang digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan. Definisi ini telah diambil dari kamus Webster’s New Twentieth Century.
Lazimnya rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan supaya boleh disimpan lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan agar rasa sedap apabila dimakan.
Pihak berkuasa di bidang pertanian dan makanan telah mengkategorikan bawang merah, bawang putih, saderi, salam dan bay sebagai sayuran manakala gajus pula dalam kategori buah dan kekacang (nut). Ini adalah amalan yang telah dipraktikkan dalam bidang ekonomi pertanian untuk memberi kategori bagi setiap jenis tumbuhan atau setiap jenis hasilnya.
Di sini saya akan memilih skop definisi yang lebih luas bagi istilah Rempah Ratus dan perisa serta berpendirian bahawa satu tumbuhan boleh dimasukkan kepada lebih daripada satu kategori. Contohnya ; saderi adalah merupakan sayur, perisa dan penghias makanan dan biji gajus pula dimasukkan dalam kumpulan kekacang serta buah gajus pula di kategorikan sebagai buah-buahan ; manakala pucuk daun gajus yang dimakan sebagai ulaman dikategorikan sebagai sayuran, perisa atau penghias makanan. Lemon dan limau nipis juga akan dimasukkan di sini sebab kedua-duanya penting sebagai perisa makanan atau minuman dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Jerangau juga akan dimasukkan di sini kerana ia dikelaskan sebagai rempah ratus kurang penting dalam penerbitan ramuan tertentu. Ramai di antara kita tidak menganggap pandan wangi atau vanila sebagai rempah ratus tetapi kedua-dua jenis tumbuhan sering dimasukkan dalam beberapa buku tentang rempah ratus kerana bahan-bahan ini digunakan sebagai perisa pelbagai jenis masakan. Ada beberapa jenis rempah ratus yang digunakan dalam masakan Barat dan tidak digunakan dalam masakan Asia tetapi bahan-bahan ini turut dijual di pasaraya tertentu di Malaysia dalam bentuk segar mahu pun yang kering . Pelbagai jenis rempah ratus orang Barat ditanam di tanah tinggi Malaysia. Ramai juga orang Malaysia gemarkan makanan Barat dan ingin tahu tentang khasiat bahan yang digunakan.
DIET YANG SEIMBANG UNTUK KESIHATAN
Sayuran adalah penting bagi kesihatan dan begitu juga buah-buahan yang mengandungi kabohidrat kompleks dan protin. Rempah ratus jarang diambilkira dalam formulasi diet yang seimbang atau dalam piramid makanan kerana rempah ratus digunakan dalam kuantiti yang kecil dan mungkin dianggap sebagai tidak memberi kesan nutrisi yang ketara. Makanan dari alam tumbuhan sentiasa penting kepada manusia melainkan beberapa pengecualian di mana daging haiwan merupakan makanan utama. Kebanyakan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang seimbang sangat penting kepada kesihatan manusia.
SEJARAH REMPAH RATUS
Sejarah menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan makanan bukan sahaja sebagai sumber tenaga dan bahan tumbesaran tetapi juga untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit. Beberapa ahli falsafah menyebut ; “ Biar makanan menjadi ubat kamu …”.
Saderi bermula sebagai tumbuhan ubatan semata-mata, sebelum digunakan sebagai perisa dan penghias makanan, akhirnya barulah digunakan sebagai sayur. Namun, saderi bukanlah 100% mewakili kata-kata ahli falsafah tadi.
REMPAH RATUS BERSIFAT UBATAN
KANDUNGAN NUTRISI DALAM REMPAH RATUS
Rempah ratus mengandungi bahan-bahan yang diletakkan dalam kumpulan tertentu yang dinamakan karbohidrat, protin, lemak, serat, mineral, vitamin dan pelbagai sebatian kimia yang mempunyai kumpulan sendiri seperti alkaloid, minyak esen, saponin dan tanin. Sungguhpun kebanyakan rempah ratus tidak banyak menyumbang kepada tubuh manusia dari segi karbohidrat, protin, lemak dan serat, tetapi kandungan mineral, vitamin dan fitokimia lain lazimnya cukup untuk memberi kesan kepada manusia.
Nutrien dan kimia lain di dalam makanan penting bagi tubuh agar berfungsi dengan sempurna dan menentang infeksi ; sebagai bahan binaan bagi tumbesaran tubuh, untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan juga bahagian-bahagian jasad. Makanan juga mengandungi bahan kasar yang memudahkan pembuangan air besar supaya fungsi ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar
Lembah Impian, literaly the Valley of Dreams, was originally a family residence in the quiet country side with al the trimming of an idyllic resort. Getting here entails a journey along gently -winding country roads, going past paddy fields and enjoying charming countryside scenery al the way to our gates, greeted by the sight of lush greenery and kaleidoscopic flowers.
The magestic property is spread over 8 acres of perfectly landscaped tropical garden, the mood of its interior is distinctively luxurious with furnishing of teak, marble and silk along with the antique paintings complements the nostalgic appeal of the whole environment.
It promises luxurious home-style accommodation, exclusive and private. It truly is the Valey of Dreams.

ROOM TARIFF (RM) | |
| Suite Room | 130.00 |
| Deluxe Room | 100.00 |
| Economy Dormitory (8 pax to a room without bathroom attached) | 150.00 |
| Economy Dormitory (min 4 pax to a room without bathroom attached) | 22.00 per pax |
| Camping Ground (self provide tent) | 5.00 per pax |
Terms & Conditions:
Check in Time: 2.00pm; Check out Time: 12.00pm
Hotel room inclusive of breakfast for 2 pax
Extra Mattress is chargeable at RM30.00 nett
Rates are quoted based on a per night basis and are subject to change without prior notice
Rates are in Ringgit Malaysia and subject to 10% Service Charge and 5% Government tax.
For Reservations, please call (+6088 233 499) or use our online enquiry form.
Whatever your requirement, we are able to tailor made to your individual request.
TRAINING CENTRE ADDRESS:
KM 12 1/2, Kampung Bambangan Membakut,89720 Beaufort, Sabah, Malaysia.