Misteri Buaian



MISTERI BUAIAN

Seorang guru telah bawa anaknya ke taman permainan di sebuah taman perumahan di Menggatal, Sabah. Walau bagaimana pun, anaknya asyik menangis dan dia merasa agak pelik. Akhirnya dia bawa masuk anaknya ke dalam kereta. Sebaik sahaja berpaling ke padang permainan, terlihat kedua-dua buaian terhayun ke depan dan ke belakang dengan sendirinya 👻
MAUT DIHEMPAP JENTERA PENGGELEK

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas dihempap jentera penggelek di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Kokol, Menggatal, di sini, hari ini.
'
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Davines Lukas, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan selepas dihimpit jentera itu seberat kira-kira tiga tan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.58 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi mengeluarkan mangsa.

"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan satu kemalangan apabila sebuah jentera penggelek jalan terbabas lalu terjatuh ke kawasan berbukit berhampiran tapak pembinaan berkenaan sebelum menghempap mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
KERETA BERTEMBUNG PACUAN 4X4 

Kota Kinabalu: Kejadian berlaku pada 09 NOV 2016 pada pukul 2.54 petang di Jalan Tanjung Aru di mana seorang mangsa seorang wanita tersepit dalam kenderaannya dan cedera di bahagian kepala dan kaki dikeluarkan dan diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS. Operasi menyelamat dan pemantauan dilakukan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat
Kota Kinabalu
JENIS-JENIS HANTU & MAKHLUK MITOLOGI DALAM KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN LIWAN-BUNDU DI SABAH (KEPERCAYAAN LAMA)  

1. HANTU SIOD DALAN 

Rupanya seperti manusia. Bersaiz kecil, lebih kurang sebesar ibu jari. Suka merayau-rayau waktu hujan di malam hari. Dapat diketahui kedatangannya apabila mendengar suara siulan perempuan yang lembut. Suka berteduh di bawah kulung rumah orang kampung. Apabila ia berada di bawah kulung rumah seseorang, maka seisi rumah orang tersebut akan terasa panas. Cara untuk menghalaunya pergi adalah dengan menjatuhkan puntungan api di celah-celah lantai rumah ke bawah kulung kerana dipercayai bahawa hantu itu meminta api dari pemilik rumah tersebut. 

2. KUMOKODONG (BALAN-BALAN/PENANGGAL)

Kumokodong dalam versi kepercayaan Dusun Liwan-Bundu lebih kepada sejenis makhluk yang telah lama wujud dan bukanlah berasal dari organ manusia yang tercerai seperti mana yang dikenali sebagai Balan-balan. Seperti balan-balan, ia hanya terdiri dari bahagian kepala berserta usus-usus yang terbang pada waktu malam untuk memangsa binatang ternakan seperti babi, ayam dan sebagainya untuk menghisap binatang-binatang tersebut. Wanita yang sedang mengandung, datang bulan atau bersalin amat menarik perhatian makhluk ini untuk datang. Ia takut kepada benda-benda yang tajam terutamaduri dan juga takut apabila terhidu aroma limau nipis dan bawang putih.

3. HANTU TUNGA-UNGA 

Dapat dikenali melalui suaranya yang mirip bayi sedang menangis. Dipercayai gemar menculik kanak-kanak yang kerap menangis atau yang diabaikan oleh ibu bapa. Rupanya seperti seekor biawak yang dapat berjalan dua kaki layaknya manusia, dan juga kemerah-merahan pada hujung mulutnya. Ia takut ketika mendengar paluan gong (kulintangan) dibunyikan dan juga bunyi piring atau tempayan yang pecah.

4. HANTU KALINDAHAU 

Kalindahau mirip dengan pontianak iaitu mengenakan pakaian putih yang kotor dan kusam, serta berambut panjang. Ia akan mengeluarkan lidahnya sampai ke tanah apabila sedang kelaparan atau untuk menakut-nakutkan kanak-kanak. Ia akan berkeliaran di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi dan penuh dengan semak belukar pada waktu senja tatkala matahari kuning. Dipercayai apabila terserempak dengan hantu ini, hendaklah berpatah balik dari arah yang ingin dituju dan tidak boleh memandang ke belakang kerana dikuatiri hantu ini akan mengejar dan membunuh orang berkenaan.

5. MONDOU 

Makhluk mitologi yang dipercayai sangat ganas dan suka memakan daging manusia. Rupanya mirip seperti keluang yang dua kali lebih besar berbanding tubuh manusia, bertanduk panjang dan bergigi taring panjang. Matanya yang berwarna merah akan menyala ketika sedang terbang waktu malam. Ia juga dapat bertukar wujud menjadi tujuh jenis binatang iaitu: kucing, anjing, babi, burung hantu, kelawar, kerbau dan lembu dan dipercayai akan mulai mengganas apabila rupanya berubah menjadiseekor lembu. Menurut cerita orang-orang tua, makhluk ini pernah ditemui di daerah Tenom, Keningau dan Tambunan pada zaman dahulu kala. Ia takut kepada bau kulit kura-kura atau kulit belangkas yang dibakar dan juga unggun api yang dinyalakan.

6. BUGANG 

Bugang merupakan makhluk mitologi Dusun Liwan-Bundu yang juga dikenali sebagai naga bukit. Saiznya lebih kurang seperti seekor burung helangdan memiliki kelebihan mengeluarkan api dari mulutnya. Apabila ia hinggap di sebatang pokok, maka serta-merta pokok itu akan terbakar dengan sendirinya. Ia dipercayai takut dengan manusia dan akan mengeluarkan suara nyaring apabila menyedari kedatangan manusia kemudian terbang lari.

7. HANTU NARU SUS

Kata "Naru Susu" berasal dari bahasa Dusun yang bererti "Berpayudara Panjang", merujuk kepada hantu ini yang memiliki payudara yang panjang dan runcing. Ia dipercayai gemar menculik kanak-kanak kemudian memasukkan ke dalam payudaranya. Ia akan datang kepada sepasang suami isteri yang kerap bertengkar dan menculik anak mereka.

8. HANTU GONTUTUT 

Hantu gontutut dipercayai merupakan jasad manusia yang berubah bentuk disebabkan memiliki dendam terhadap orang-orang yang masih hidup. Ia akan berkeliaran pada waktu malam dalam bentuk rangka (tulang) manusia yang sudah tidak memiliki isi. Ia akan mengeluarkan bunyi seperti "tut...tut...tut..." ketika sedang berjalan atau terbang. Ia akan terus-menerus mengganggu orang-orang yang ia dendam sehingga orang-orang itu tidak merasa tenang dan akhirnya mati. Ia takut kepada cahaya terutama cahaya lampu.

HANYA SEKADAR HIBURAN DAN UNTUK BAHAN BACAAN, BUKAN UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN LAMA YANG KARUT
5 RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI SEMBULAN 


KOTA KINABALU: Lima rumah di Kampung Sembulan Tengah dekat sini, musnah sama sekali dalam kebakaran, petang tadi. Kejadian pada kira-kira jam 2 petang itu turut mengakibatkan tiga kenderaan milik penghuni perkampungan terbabit mengalami kerosakan akibat terkena api. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. 

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendi K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.10 petang sebelum menghantar 34 anggota bersama tiga jentera ke lokasi. 

"Kebakaran membabitkan lima rumah papan yang musnah sepenuhnya. Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak seterusnya boleh mengakibatkan lebih banyak rumah terbakar," katanya. 

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.25 petang dan punca kejadian serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.


KERETA BERTEMBUNG LORI, PELAJAR MAUT

KINABATANGAN – Seorang pelajar maut selepas kereta dipandu bapanya bertembung dengan lori treler di Kilometer 97 Jalan Sandakan-Lahad Datu di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, mangsa, Nor Fatiha Binti Hapid, 19, berasal dari Tawau meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.


Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi pada 1 NOV 2016,  apabila kereta Proton Saga dinaiki mangsa dari arah Lahad Datu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler.
Menurutnya bapa mangsa, Hapid Lanbau, 50, dan seorang lagi penumpang, Herman Rahimin, 32, mengalami cedera parah.

Pemandu lori treler, lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan, kata A.Sahak dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama




FENOMENA KEPALA AIR, DUA LELAKI TERPERANGKAP

KUALA KUBU BHARU: Dua pengunjung Air Terjun Sungai Pertak, di sini, diselamatkan selepas terperangkap di atas batu susulan fenomena kepala air yang berlaku di kawasan air terjun itu, petang tadi. 

Pihak bomba yang menerima laporan kejadian itu pada jam 4.11 petang, menghantar sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu untuk kerja menyelamat. 

Mangsa, Abdul Arif Fikri Ismail, 20 dan Muhamad Shamsuri Samsudin, 40, dipercayai terperangkap di atas bongkah batu di tengah air terjun berkenaan selepas paras air meningkat secara tiba-tiba susulan hujan lebat kira-kira jam 3 petang. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata anggota bomba diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie menggunakan tali menyelamat bagi membantu kedua-dua mangsa menyeberangi air deras. 

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan mereka. Mangsa dipakaikan jaket keselamatan seterusnya merentangkan tali menyelamat bagi membolehkan mangsa berpaut sebelum ditarik ke tebing. Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami apa-apa kecederaan. Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.45 petang," katanya.


VIRAL KISAH UNTUK KAUT UNTUNG

Kota Kinabalu: Beberapa individu cuba mengaut untung atas angin dengan mengutip sumbangan hasil ‘menjaja’ kisah penderitaan bayi lelaki berusia enam bulan, Muhammad Al-Indra Putra Ebby yang perlu menjalani pemindahan hati di China.

Individu terbabit mengambil kesempatan menjaja kisah Muhammad Al-Indra bagi mendapatkan sumbangan sejak beberapa hari lalu tetapi menggunakan nama dan nombor akaun bank milik individu lain.

Ibu Muhammad Al-Indra, Narizmah Sabran, 27, menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sepupunya berkaitan status dimuat naik oleh individu tidak dikenali ke laman sosial Facebook (FB) kelmarin.

“Berdasarkan maklumat yang dikongsi itu, individu berkenaan mendakwa adalah bapa saudara Muhammad Al-Indra dan memohon orang ramai supaya membantu menderma wang bagi menampung kos pembedahan anak di China.

“Malah individu berkenaan juga memohon orang ramai memviralkan maklumat itu dipercayai bagi mendapatkan lebih banyak wang derma,” katanya ketika dihubungi, semalam.
WAD ICU HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERBAKAR, 6 MENINGGAL DUNIA

JOHOR BAHRU:  Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sejurus kemudian.

Seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37, berkata dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.

"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital," katanya kepada pemberita.

Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Tinjauan Bernama pada tengah hari tadi mendapati persekitaran hospital  sesak dengan kebanyakan pesakit dan kakitangan masih berada di luar bangunan hospital.

Dalam pada itu Sulaiman berkata ketika kejadian, 294 pesakit dan 193 kakitangan HSA dilapor berada di dalam bangunan sama.

Empat mangsa perempuan dan dua lelaki yang maut itu merupakan antara  tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang lagi iatu pesakit lelaki berjaya diselamatkan.

"Sementara itu daripada lapan kakitangan yang berada di wad berkenaan, tiga telah terhidu asap. Jadi kita hantar dua kakitangan berkenaan ke Hospital Sultan Ismail dan seorang lagi ditahan di sebuah wad di HSA," kata Sulaiman.

Pesakit lain telah dipindahkan sementara ke wad-wad di bangunan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata pesakit yang terjejas sedang dalam proses dihantar ke hospital lain berdekatan Johor Bahru terutama Hospital Sultan Ismail.

Status dan maklumat terkini kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan.


Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu.






JURURAWAT DIROGOL BERGILIR-GILIR


KAPIT ~ Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk.

Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu menjadi perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini.

Bagaimanapun, me­nurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

“Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” ujar beliau lagi.

HANYA KERANA SALAH FAHAM

Seorang lelaki yang hilang sabar hanya kerana sedikit salah faham apabila sebuah motosikal telah menghalang laluannya di hadapan Sekolah Chung Hwa, Georgetown, Pulau Pinang. Lelaki tersebut lantas mengambil parang yang disimpan dalam keretanya. Dikhuatiri keadaan menjadi lebih buruk, seorang lelaki lain cuba mententeramkan keadaan dan bertindak merampas parang tersebut. Malangnya, beliau telah mengalami kecederaan di tangan akibat terkena parang tersebut.